Isnin, 27 Mac 2017

           Senarai 5 Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Malaysia

Senarai 5 Pekerjaan Bergaji Tinggi

 Semestinya Perkerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan menjadi idaman sesetengah orang untuk berjaya dalam hidup.ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.sesetengah orang ingin juga merasai untuk mengimbangi kehidupan dan rasa penat bekerja berbaloi dengan ganjaranya.

 Mesti anda tercari-cari.pekerjaan apakah yang bergaji tinggi di malaysia? Baiklah tanpa bercerita panjang lebar.Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan pekerjaan bergaji tinggi yang saya maksudkan.

Melalui rujukan yang saya baca dan sedikit rujukan melalui internet inilah senarai 5 pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan di Malaysia


1. Agent Insurans


senarai pekerjaan bergaji tinggi

  Pada Hari ini. Banyak syarikat di negara kita yang menawarkan khidmat insurans. Sedikit perlu saya ingatkan .untuk menjadi seorang agent insurans, pemohon pekerjaan ini perlulah lulus ujian atau yang berkaitan denganya.

 Untuk pengetahuan pembaca sekalian. jika seorang agent insurance itu bekerja keras ia boleh mencecah pendapatan RM60,000.00 SEBULAN. Dan terbukti ramai yang menjadi jutawan selepas menceburkan diri dalam bidang ini.

2.Pembantu Penyelidikan Klinikal
senarai pekerjaan bergaji tinggi
Untuk menjadi seorang Pembantu penyelidikan Klinikal, Anda Perlulah mempunyai tahap pengalaman dan dan kelulusan yang tinggi . melalui rujukan yang saya dapat. pendapatan untuk pekerjaan pembantu penyelidikan klinikal ini mencecah RM 52,917.00 untuk sebulan

Jika anda serius untuk menjadi seorang pembantu penyelidikan klinikal yang serba boleh, anda perlu mempunyai pemahaman yang diperluas dan pengetahuan tentang banyak topik.


3.Agent Hartanah 


senarai pekerjaan bergaji tinggi

Tidak ada syarat minimum untuk menjadi seorang agent hartanah ini. cuma yang perlu ada pada seorang agent hartanah ini adalah kemahiran IT, selain itu anda perlu ada kenderaan sendiri.Dari segi kelayakan pula .hanya perlu lepasan spm. anda sudah dikira layak untuk mengisi kekosongan dalam pekerjaan ini.

 Pendapatan untuk seorang agent hartanah ini boleh mencapai RM50,000.00 SEBULAN .bergantung dengan comission yang anda dapat.


4.Juruterbang


senarai pekerjaan bergaji tinggi

syarat ataupun kelayakan untuk menjadi seorang juruterbang ini tidak begitu rumit .Kelayakan yang diperlukan hanyalah SPM dengan fokus 3 subjek sahaja. amat mudah. subjek tersebut ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains(atau fizik). selain subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus.

Perlu diingatkan kepada pembaca semua.untuk menjadi seorang juruterbang juga, memerlukan duit yang banyak.ini kerana Sekolah penerbangan memerlukan belanja sehingga RM300,000. Oleh itu jika tidak mampu, salah satu caranya ialah anda boleh memohon sebagai kadet pilot airline. Ia diiklankan dari semasa ke semasa.

Purata gaji seorang juruterbang ialah RM 49,929.60 bergantung dengan berapa anda berkhidmat sebagai juruterbang.


5.Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan

senarai pekerjaan bergaji tinggi

Kesihatan dan keselamatan pekerja merupakan satu bidang bertujuan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja. keselamatan dan kesihatan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah organisasi syarikat.

Kelayakan untuk menjadi Pegawai keselamatan dan kesihatan ini. anda perlulah mengikuti kursus yang meliputi bidang undang-undang kesihatan dan keselamatan.

Pendapatan sebagai Pegawai keselamatan dan kesihatan ini ialah RM 2,500 - 2,700.00 sebulan.


itulah 5 pekerjaan bergaji tinggi di malaysia yang sempat saya kongsikan disini. Saya berharap semoga  artikel ini bermanfaat kepada sesiapa yang tengah memikirkan masa depan. 




1 ulasan:

  1. Lucky Club - Live Casino, Live Dealer, Table Games and
    Come and play with us at Lucky Club, the best luckyclub.live live casino experience on the Las Vegas strip. Play Blackjack, Roulette, Live Blackjack, Live

    BalasPadam